Program ini melibatkan komuniti sekolah iaitu semua murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ia adalah berkisar tentang usaha dalam memelihara alam sekitar. Selain itu, supaya dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku pada masa kini. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menjalankan Program Alam Sekitar. Di dalam program ini, terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan iaitu Ceramah Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan Membina Model Jambatan Menggunakan Bahan Terbuang dan Hari Kitar Semula. Aktiviti yang pertama di dalam program ini adalah Ceramah Kesedaran Alam Sekitar, tajuk ceramah tersebut adalah ‘Pengurusan Sisa Pepejal’. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), En. Mohd Iqram b. Ceramah ini diadakan pada 23 Julai 2014. Masa ceramah ini adalah daripada pukul 12.00 tengah dari sehingga 1.30 tengah hari. Ceramah ini mengambil masa satu jam setengah. Semua murid Tahun 5 terlibat dengan ceramah ini. Daripada ceramah yang telah disampaikan, bukan sahaja murid mendapat manfaat, guru turut mendapat pengetahuan tentang cara-cara pengurusan sisa pepejal, tanggungjawab orang awam dalam membantu pengurusan sisa pepejal, undang-undang berkaitan sisa pepejal dan sebagainya. Semua murid memberi tumpuan yang penuh semasa ceramah disampaikan. Selesai sesi ceramah, sesi soal jawab dibuka. Ramai murid berebut-rebut untuk bertanya kepada penceramah. Penceramah juga mengemukakan soalan kepada murid dan cenderahati diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Pada akhir sesi ini, kami telah memberikan cenderahati kepada pihak PPSPPA dan penceramah yang sudi hadir untuk memberikan ceramah ini. Bagi aktiviti kedua pula adalah Pertandingan Membina Model Jambatan Menggunakan Bahan Terbuang. Pertandingan ini dilaksanakan pada 23 Julai 2014 bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang. TENTATIF PROGRAM KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR TAHUN 2010 ISNIN – 8 NOVEMBER 2010 MASA AKTI. 8 MEI 2010 - SABTU - AKTIVITI PERSATUAN AGAMA ISLAM - CERAMAH KHUSYUK DALAM SOLAT. Ceramah Semarak Ramadhan - Guru / staf / Pekerja. Ceramah Semarak Ramadhan - khusus kepada pelajar. Sehari Satu Tip. Risalah Ramadhan. TENTATIF PROGRAM 1.30 Petang - Pendaftaran - Tayangan Montaj 2.30 Petang - Slot 1 – Ceramah ”CABARAN PENGGUNA DI ERA GLOBALISASI” Oleh: ( KPDNKK PERAK ) 3.30 Petang - Slot 2 – Ceramah ”JENAYAH CYBER” Oleh: ( PDRM ) Majlis Perasmian: 4.30 Petang - Nyanyian Lagu. Pertandingan ini dijalankan di makmal sains. Pertandingan ini mendapat banyak sambutan. Murid daripada pelbagai tahun menyertai pertandingan ini. Hadiah diberikan kepada pemenang yang membina model jambatan yang paling stabil, cantik dan kemas. Antara kekuatannya ialah murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam membina model jambatan yang paling stabil dan kukuh. Selain itu, murid mendapat kesedaran dalam menjaga alam sekitar dengan menggunakan bahan terbuang di rumah mereka untuk membina model jambatan. Jika tidak, bahan yang boleh digunakan hanya akan dibuang ke dalam tong sampah. Hal ini akan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan mencemarkan alam sekitar. Aktiviti ketiga pula adalah Hari Kitar Semula. Aktiviti ini telah mendapat respons yang amat positif daripada murid sekolah ini. Banyak bahan kitar semula yang dikumpul pada Hari Kitar Semula yang dijalankan ini. Menurut Nor Azan Fitri (2014), program kitar semula ini dapat menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Ini dapat dibuktikan apabila kami sendiri menjalankan program seperti ini di SK Taman Semarak ini. Program tersebut dapat memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga bumi dengan menjadikan kebersihan sebagai aspek utama selain menyemai semangat untuk mengurangkan penghasilan jumlah sisa pepejal melalui amalan kitar semula. Aktiviti ini diteruskan dengan menimbang bahan kitar semula sebelum barangan kitar semula itu dijual kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Pihak PPSPPA telah datang ke SK Taman Semarak bagi mengutip bahan yang telah dikumpul dan dijual kepada pihak mereka. Wang hasil jualan barangan kitar semula telah dimasukkan ke dalam akaun Panitia Sains bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sains pada masa akan datang.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |